Sunday, December 13, 2009

adik saya yang sengal

Kebelakangan ini, saya selalu menjadi babysitter tak bergaji untuk adik lelaki saya, Hakim.
Parents saya pergi menunaikan haji dan sampai sekarang masih tak balik balik lagi.
T_T (rinduu.)

anyway,
disebabkan dia baru bersunat pada hari minggu lepas,
Hakim (yang baru berumur 9 tahun) secara automatic mengassume bahawa dia telah besar dan sudah layak ikut saya pergi lepak di kedai arab di Jalan Damai untuk bershisha.
(sengal!)

baru beberapa jam yang lalu,
saya ke rumah Zul untuk mengisi perut yang berbunyi kelaparan.
(sedih betul, parents pergi haji dan tak tinggal kan duit yang cukup, kesian saya terpaksa menagih simpati makan kat rumah orang)

sambil makan makan di dapur dengan Zul, ibu dan kakak nya (oh, dan Hakim yang makan biskut cicah milo sambil main PSP) kami bersembang sembang tentang benda2 insignificant yang tak perlu dicerita kan di sini.

Pada ketika itu ibu Zul baru sahaja membasuh kain baju sambil memakai pakaian rumah. Dia sungguh rajin melayan adik saya yang sengal seperti ubi kayu.

Kami kemudiannya membuat keputusan utk meronggeng di KLCC, jadi Auntie pun masuk lah ke dalam bilik untuk menukar pakaian cantik cantik.

Setelah bercantik cantik ala ala mak datin, Auntie ke dapur semula bersembang sembang dengan kami. Orang pertama yang Auntie tegur adalah Hakim.

Auntie : Hakim kenyang tak makan ni? Nak lasagne tak?
Hakim : Tak nak la. Hakim tak nak makan. Ni siapa ni? (dengan muka blur yang sungguh genuine)

Kami satu meja tergelak besar.
Belum sempat saya sekeh kepala Hakim kerana membuat statement yang memalukan, conversation telah pun bermula semula.

Auntie : Ni auntie laa. Mama Abang Zul. Kan dah jumpa tadi?
Hakim : Oh. Yang tadi tu bibik eh?

Saya terkedu.
Semua orang gelak sampai keluar air mata.
Saya over sikit, gelak sampai terbaring di lantai.

Dan Hakim (yang sekali lagi bermuka genuinely blur tak faham kenapa semua orang gelak besar) dengan tenang nya marah saya,

"Kakak ni no manners la. gelak sampai baring kat lantai! Apa yang kelakar sangat!"

Oh. sungguh tak sesuai.
(balik rumah nanti, siap lah kau Hakim. Kakak kunci dalam dungeon bawah rumah sampai Mama dengan Papa balik haji!)

16 comments:

hirumi said...

dah macam dalam citer arahan afdlin shauki la pulak!hahaha.

Just_najmiE said...

ahahaha!!! XD XD XD

btw, I met fatul kat rootz club.. yep, jumpa dia kat club.. eh, why am I telling u?.. ok, i pegi skrg.. (-__-"

Merissa K. said...

Hirumi
ohhh agak agak kalau i suggest kat afdlin, dia nak kasi commision kat i tak? haha.

Najmie
oooooooh juicy. hahaha. tapi i pun tak tau mcm mana nak react to ur statement. LOL.

p/s: adakah kacak seperti yang digembar gembur kan u think? LOL.

farhazoeLa said...

haha. so funny, more interesting kalau ade photos auntie before n after makeover. haha.tak2. make up.haha

Merissa K. said...

Farha, ohhh segan la pulak nak ambik gambar. hehe. unlessssss, if i can cari hidden cam! XD

next time i letak gambar uhh. hahah

yusenze said...

Waa~~~~ long time no see... where were U...???

generasi clan said...

hai salam kenal
banyak2 lah bersabar ye...

A'a said...

hahahaha omg your brother cracks me up la1! hahahaha

xwizit said...

HAHAHA! I suka bila budak budak buat lawak tanpa sedar apa apa. So cute and funny.

s h a g o o said...

two words. ha ha! (tapi haha nie bertahan lama ye. mungkin sampai satu ratus tahun lagi.)

Just_najmiE said...

tak kacak, comel ja.. pendiam.. tinggi, 180cm..

rama2ungu said...

waaahahaha..mer...adakah itu kau..smpai terguling2 kat lantai..
n the auntie, does she really22 transform until ur brother could not recognize her...?

hehehe...

azik said...

haha! seriously i boleh imagine muka hakim yang sangat blur.

afeeya said...

I dah la curi2 bace your post nie kat tempat keje... tapi sebab cerita kelakar, i pun bantai gelak sampai semua orang kat office dah kantoikan i buat benda lain selain keje...

haha... tapi lawak... serious!

Merissa K. said...

Yusenze
Phone line rumah i rosak. :'(
U guys missed me dah eh? LOL.

Generasi Clan
:) oh salam salam. haha! no choice but to sabar. tsk. hahaha.

A'a
it seems that he has that effect on ramai orang. but i cant help but feel like i want to sumbat him in a washing machine!

Chep
do you reckon i patut suruh my brother masuk kids say the darndest thing sekarang? hahaha. tak pun, macam macam aznil ke since the former tak de kat msia. hehe.

Shagoo
tu lah tu. bila hakim dah 18 nanti, i nak suruh ur mum sendiri cerita blk kat dia. hoho.

Merissa K. said...

Najmie:
sedih fatul kalau dia baca kat sini, u ckp dia tak kacak! hahahahahahah.

Rama2Ungu:
yes sayangku, ini saya. heheh. takde la transform mana pun. adik i je yang sengal lebih. huhu.

Azik:
kaaaaaaaaaaaaaaaaaannnn? hahaha. bila u nak datang rumah lagi uhh? blh kita main straight straight rambut! :P

Afiah:
haha. omg. selamba. kalau adik i ada kat situ, mesti dia ckp u 'no manners'. and lepas tu mesti u knw how i feel when he does that to me. LOL. babe, lunch aa jom!! heheh.