Tuesday, March 23, 2010

Hantaran Sedulang Hati Calar untuk Puteri Rambut Sedap

selama yang aku mampu ingat,
aku genggam salah satu organ kamu yang penting,
organ kamu yang masih berdenyut
(no no, bukan yang itu wahai perverts! aku sedang bicara tentang hati!)

hati kamu yang sambil ditatang,
kadangkala tak sengaja aku calar kan.
iya, iya,
ia masih dalam kedua tangan aku.

tapi,
semenjak dua menjak ni,
aku perasan kamu cuba ambil semula hati kamu dari genggaman aku.
(tak susah untuk notice, after all, hati kamu masih ada pada aku)

aku cari cari sebab
'Oh! Itu rupanya!'
Mata bulat kamu,
fixated ke atas rambut gulung yang sedap dikunyah,
dan kaki yang go on for miles.

Aku senyum sendiri dan
setitik air mata aku,
jatuh ke atas hati kamu yang masih pulsating.

Aku ambil setengah hati kamu dan jahitkan dengan setengah hati aku
Aku hidang atas pinggan
dan beri kepada makhluk berambut sedap dan berkaki panjang.
umpama hantaran kahwin.
atau hadiah dulang hati nyamuk untuk Puteri Gunung Ledang.

Samada dia simpan dan tatang seperti yang aku pernah buat,
atau dia jamah rakus hati itu,
aku tak tahu.

Yang pasti:
bahagia kamu, bahagia lah aku.
sakit kamu, sakit jua aku.

Credits : Aisha Sha'arin (sebab pinjamkan buku) dan Hadi Mok (sebab beri metaphore rambut sedap dikunyah)

7 comments:

Hani said...

hani likes this!

Merissa K. said...

tasha likes it that hani likes this! :D

s h a g o o said...

aisha likes this too!
owh, kasih anda sangat sangat diterima.

Merissa K. said...

berjaya tak attempt? hahahahaha

s h a g o o said...

huhu. berjaya gak arr.

owh, baik hati kan awak. sharing is caring. and... depressing. =P

Merissa K. said...

habis nak buat macam mana? dah tertulis nasib i nasib kena kongsi. huhuhu.

(ayat pasrah :P)

lagi sekali soalan saya tujukan, buat apaaaaaa lg kat parlimen tu cik kak! balik rumah ke, pergi shisha betik ke (eh eh ada ke?), ke pergi tengok lampu lampa kat icity ke.

duduk office apa baranggg?

s h a g o o said...

ish. tak tahu ke kakak nie orag penting kat parlimen malaysia tu.

dah, dah. pegi tido laa budak skolah!

shisha betik on weekend saja.
lampu lampa kat icity, soon.


duk office takdak barang. maaf, kakak provide kat nombor enambelas saja. haha.