Wednesday, September 1, 2010

Independent enough ke nak celebrate Independence Day?

Early Disclaimer : Today is not Malaysia's birthday. It is just the 53rd anniversary of it's independence. Those are two very different things mmkay?

Beberapa calendar tahunan yang lepas, saya still semangat nak sambut Hari Merdeka. Masa tu, saya jakun lagi dengan fireworks yang buat saya rasa macam kat dalam Disney's animation, duduk santai layan asap tepi castle yang besar mcm Hogwarts. 
Tapi, then again, rasanya sampai mati pun tak hilang kot rasa jakun tu?

Unfortunately, ada incident yang buat saya turn off dengan mass Merdeka celebration. Masa tu kat The Curve. Ingat kan okay la, checkout fireworks 5 mins je pun from home. Tak payah la nak sesak sesak layan kaki cramp sebab tekan clutch byk sgt being stuck dalam traffic. Padahal kat Curve pun sama je. Nak cari parking dah dekat sejam. Dapat tengok fireworks 5, 6 minit je. Tak berbaloi langsung.

Tapi masa tu darah muda, hahah. Claustrophobic pun claustrophobic lah. Tak kisah la even though kena sesak nafas in the midst of orang orang hyper macam nak pergi reformasi. Tiba-tiba, ada a bunch of underaged kids sprayed snow in a can all over my face! Habis makeup rambut segala penat je duduk depan cermin lama lama nak set up, tapi last last kena spray. Ish.

Tapi, somehow, over the years saya dah notice how Merdeka has simply become an excuse for people to party without even knowing the real meaning of that celebration.

Bukannya nak jadi bitter (which actually means, memang bitter ni, tapi sikiiiit je la, tak la bitter sangat) tapi how do you expect me to be all hyped up pasal Independence Day when i am in no way independent. Tak langsung! Dalam apa apa aspek pun, im pretty much masih dijajah oleh pihak pihak lain.

Masih ada ikatan dengan Petronas yang bakal memakan masa yang lama.
Masih mengharap setiap minggu parents akan email cakap duit dah masuk kat Maybank account.
Masih layan EPL tiap tiap hari nak kena cukak Soccernet tapi local football scene tak nak ambik tahu langsung (one of these days, kena jugak tengok Selangor punya match dekat Stadium Shah Alam!).

Masih dikelilingi orang orang yang berfikir macam time nama Malaysia masih Tanah Melayu dulu.
Masih dikeliling mentaliti yang tak logik dan kurang berkembang.
Masih ada egoist egoist yang tak mahu terima pendapat orang lain.

Masih malas dan masih bertangguh.

Jadi, apa yang nak diraikan sekarang? Jadi, lebih baik layan hari ni macam hari yang lain lain kan?
Sebab memang tak ada bezanya.

:)

Selamat Hari Merdeka, Malaysia.

p/s : bulan dan bintang kat langit pun boleh tahan power lawa macam fireworks jugak. Cuma tak ada bunyi meletup je. :)

5 comments:

esah ezral said...

Oh Tuhan Ku (OMG!) why are you writing out all my thoughts?!! Especially the one about masih malas dan bertangguh .___.

s h a g o o said...

akak ingat adik adik balik cuti sampai hari selasa.

Emy lifeguard said...

Babe, apa kate berubah or usahakan something so that you can celebrate the Merdeka Day. I dunno if u prefer to treat it as another day...

Merissa K. said...

EzralSya : so dia jadi OTK eh sekarang instead of OMG? hehehe. it's true innit? orang sambut merdeka main suka suka hatiii je. but i guess nak buat mcm mana kan? tak ramai yang cuba nak seek for independence pun tapi kelam kabut nak celebrate.

Shagoo : tak la akak. kerja sekolah banyak. hehehehe. takpe, lusa kitorang nak balik dah, 2 mnggu lagi kayy. hehe

Merissa K. said...

Emy :
yang malas dan bertangguh tu memang tengah cuba. :) tapi belum fully berjaya lagi.

what i mean is, theres no point pergi hoo-haa here and there kononnya nak celebrate merdeka.

kalau ada jiwa jiwa yang betul betul dah merdeka, celebrate among loved ones kat rumah pun dah cukup, tak payah pun pergi mana mana. kan? :)