Wednesday, November 17, 2010

sabarlah si atheist, sabarlah si anak muda.

berbagai macam isu berlegar legar dalam kepala
sampai tak mampu nak pilih yang mana satu nak diluahkan.

dari isu si atheist yang bencikan ibadah puasa,
ke isu anak anak muda (fuh, cakap mcm la dah tua sangat. hahah) bercumbu di tengah kota.

bagi yang dah tahu, elok lah tu.
bagi yang belum tahu, maaf, saya tak mahu tambahkan malu.

dua isu yang essence nya berbeza
tapi dari segi reaksi penonton, teramat lah sama
dua golongan yang dilabel berdosa
direjam dihina umat manusia

(ni apasal cakap nak rhyme ni? ngahahahaha)

entah la. bila tengok reaksi para pembaca,
yang rata rata nya mencaci mencerca
seolah olah tak pernah berdosa
rasa sayu tak terkata.

agama Islam, adalah seindah-indah agama
yang mana penganutnya penuh dengan kasih sayang dan kelembutan
yang mana tutur kata bisa melembutkan hati golongan yang tak percaya
tapi secara generalnya,sekarang ni, susah betul nak nampak kelembutan dan humility tu.

asal nampak benda/orang yang lari sedikit dari landasan normal,
terus ramai ramai balingkan hujah-hujah (yang agak repetitive dan sama in essence) 

"astaghfirullahhalazim budak budak zaman sekarang"
"ni perangai mcm ni memang kafir. neraka je la tempat kau"
"mak bapak tak ajar la ni, jadi macam ni."
"baik mati je daripada menyusahkan agama macam kau ni"
"bodoh bangang sial (sila tambah carutan di sini) punya orang. kau tak malu ke weh?"

jawab ini sejujur jujur nya:

Who are we to play God?
Apakah kelayakan kita untuk tentukan syurga neraka seseorang? Untuk menjatuhkan hukum mati? Untuk melabelkan orang sebagai kafir?
Fasih sangat kah kita untuk memfitnah orang lain bahawa mereka tidak mendidik darah daging dengan benar?

Sigh.

Dalam banyak banyak isu sosial, pada saya, keberanian memaki hamun dan melontar fitnah di balik skrin komputer adalah isu yang paling menyedihkan sekali.

Oh, saya bukan cuba kata kan yang saya manusia yang sempurna,
dan semua orang lain adalah salah dan saya seorang saja yang betul.

Jauh sekali.

Saya sendiri terlalu banyak kesilapan, terlalu naive, terlalu daif ilmu di dada.
Tapi kalau guna akal yang ada, it is pretty obvious that cara yang halus itu selalunya lebih berkesan dari cara yang kasar.
Kalau pun teringin di hati nak menegur, biarlah dengan cara yang betul.
Biarlah dengan rasa hormat, bukannya rasa superior kepada orang yang dinasihati.

Because when you advise anyone with respect, it shows.
And when you do it while bearing in mind that you are better than the other person, it will also show.

Hanya teguran dengan rasa hormat saja yang bakal membuatkan hujah-hujah kamu diterima juga dengan rasa hormat.

Ahhhhh. banyak lagi sebenarnya rasa rasa yang tak mampu nak ditulis.
Rasa rasa yang belum ada perkataan tercipta untuk explain with pen and paper.

Harap harap saya sentiasa ingat.

Untuk tidak mengclassifykan orang dalam category category apa pun
Untuk tidak cepat melatah
Untuk tidak memaki hamun sesedap rasa
Untuk tidak cepat membenci dan mengata.

:)

15 comments:

Jo Qusary said...

Walaupun Islam kata kena berlemah lembut apabila berdakwah, tapi jika pelaku maksiat dah degil sgt sampai tak boleh dikawal lagi... aku akan terajang je bebudak degil camtu sampai ke bulan... siapa kata kita kena mengalah dan senyum je tgk org melakukan maksiat dlm Islam? Kalo takleh betulkan pakai lidah, kita betulkan pakai tenaga!

lolahunny said...

Jo Qusary,

Apa maksud awak nak terajang orang sampai bulan?
Tak pernah pulak dengar concept ini.

Saya rasa, tasha bukannya kata kita kene senyum dah mengalah bila orang melakukan maksiat dalam islam.

Tapi bila orang2 maki hamun kat online, just to make themselves feel better. Tu niat sudah lari.

Bila orang nak salahkan mak bapak orang lain.. sedangkan tak kenal mak bapak si pemaksiat itu.. tak tahu cara didikan ibu bapa diorg sendiri personally.. itu fitnah. tuduh tanpa bukti.

Saya tak sokong budak budak makeout in public in malaysia.
People should respect that malaysia is a muslim country. Even my non muslim friends pernah hampir kena saman kat msia sebab make out in public (correct me if im wrong, but i think it is a by law a real offence to kiss or whatever in public).

back to the point, bukannya kita orang islam kene senyum bila berdepan maksiat and maksiat makers... but maki hamun dengan ayat ayat tak betul bukan caranya.

Post video mengaibkan orang lain, bukan lah caranya.

Well that is what i think.

Db Cooper said...

nice word beb, gua sokong, keep ur writing up

belle said...

1million thumbs up :P

ezral Sya said...

Hanya Tuhan yang layak menghukum. Sabda Rasulullahs saw : "sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut". Even our prophet has his own take on karma.

lolahunny said...

Oh i like ezral sya's words of islamic wisdom.

Lya said...

Rasulullah SAW bersabda: "sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut." (H.R Tirmizi)

let's remind each other of this
:)

Merissa K. said...

Jo :
what i have to say about this has been said by lolahunny. tak banyak yang nak ditambah. dan kita juga kena ingat, tak semestinya budak budak ni pernah ditegur dengan cara yang berilmiah. we dont know about their past, and that is why i think we shouldnt judge.

bukannya maksud i senyum and mengalah, tapi bukan jugak by cussing segala.

:)

Merissa K. said...

Lolahunny :
aptly put. haha. dah tak ada apa yang nak ditambah. cukup semua perasa dah. thank you very much sayang! :)

Db cooper and Belle :
makasih banget yaa..
haha.

Sya and Lya (heyhey look at that!) :
tak tau kenapa tapi lately ni banyak terserempak dengan sabda yang satu ini. THANK YOU for the reminder.
:D

btw, ini lah yang orang kata 'Never Say Never' kan?

amywammy said...

Wow sya and lya, that's a really nice rebuttal. May I know from which hadith are we talking about?

See, these are my points actually, Islam has such beautiful methods to turn people into a better person, but we always use our emotions instead of our aql.

Mr Jo,
Pernah baca kan camna golongan Yahudi/ musuh Islam tentang kita? Secara halus-halusan kan? Rasa-rasanya berkesan tak cara derang? Kalau tengok keadaan dunia sekarang, memang terlebih berkesan. You know what makes it even more effective? It's the Muslims ourselves who played right into their hands, padahal Islam punyalah dah cukup cantik ajar kita strategi segala, kita tak praktis. Orang lain gak yang pakai falsafah Islam.Last-last kita yang nganga.

Tasha,
I love the way you write, so precise and to the point!

Valossa Vicious said...

Happy eid Tasha

I agree, the angrier we get, the more they will rebel. This is the problem in our society, especially when more people discover there is thing called INTERNETZZZ.

It's easy to cuss and condemn, write angry comments, blame the parents,"kalau aku jumpa siap kau bullshit" on the video. But will it change anything? No. In fact these kids will take it as entertainment. The problem is deeper in the society. Not just the kids, not just the parents.

In fact, probably their action reflects all of us. How could it happen in the first place if we're really that so called religious God fearing citizens? Hahahaha

frwls said...

erm..betul!

emy said...

Back to basic Amal Maaruf Nahi Mungkar. Jika nampak kemungkaran, tentang dengan tangan. Jika tidak mampu dengan tangan, tentang dengan lisan. Jika tidak mampu dengan lisan, diam dan bencilah di dalam hati dan itulah selemah2 iman...

If I was there to witness those two kids, I will surely split them. His friends also has tried verbally but those two has sink into their own world.

The least I can do now is to hate the act. I dunno those actors personally so I cannot hate them but what they did might influence the other generations (including my kids).

Islam is beautiful and perfect. Kalau nak tegur kena cara berhemah. Even Rasulullah pun layan dengan baik orang yg baling taik dekat dia.

Kita maki hamun orang yang buat salah sebab dia buat salah.

Tapi boleh terima kalau orang maki kita yang memaki hamun orang lain yang buat salah as if kita tak buat salah?

fikir2... kalau tidak, dunia akan penuh dengan maki hamun...

Merissa K. said...

Amy :
'Nuff said. :)
oh and thank you!

Nurjauhari Vicious ;) :
it is all just a vicious (pardon my choice of word) cycle, innit? heheh

frwls :
:)

Emy :
though, the friends do sound kinda encouraging, in their own kinda way, dontcha think?

betul lah tu u cakap. mcm mahatma gandhi kata, an eye for an eye and soon the whole world will be blind.

kan?

Maria Elena (Zarul) said...

oh tasha, i just can't thank you enough for writing this, because i pun feel the same way.

"who are we to play God".

i really can't respect those who senang2 je maki la, belasah la, for reasons they think is good, but do they have to be so barbaric? we are muslims, what more, we are malaysians. our culture pun sopan santun.

so where does this barbarians come from?

talking behind a person's back won't solve anything. sending words across the room in hopes the kids buat maksiat tu boleh dengar pun, like hello. childish kot. kalau nak tegur, tegur la. and physical attacks? now that's just plain stupid.
God gave us brain to think and mind for logic.

sorry panjang comment!

love you tata~